Akhirnya! Aku berjaya sampai ke puncak Gunung Santubong!Cuti wiken ni yang aku apply sebab nak pegi beraya, akhirnya BURN sebab bos aku paksa aku pegi naik Gunung Santub0ng. Katanya, for physical training, mental torture and teamwork.
Akhirnya, yang aku dapat physical torture. Kuku kaki aku berdarah sebab aku mencengkam dengan sangat kuat masa nak turun gunung, kaki tangan aku semua cramp sebab penat memanjat, tangan aku calar2 masa sebab peluk pokok dan akar kayu, dan kaki aku gatal2 kene gigit nyamuk masa tunggu budak2 lain sampai turun gunung.
Teamwork? Bole la..
Mental torture? On the way turun, aku keseorangan kat dalam hutan tu. Bos aku kat depan aku, aku tak nampak or dengar dia. Ketara sangat dia pecut, maybe 30mins depan aku. Jihah pulak about 10mins belakang aku. Aku masa keseorangan tu, ada la, fikiran2 yang tak betol, termasukla masa aku lalu area yang aku tak familiar, aku dah cuak yang either aku salah jalan or aku terNAIK balik gunung tu...torture seh.. Macam2 la aku pikir, especially kalo aku sesat sebab yang aku tau masa tu, air aku dah nak abis, Pian dah bantai semua biskut aku dan bateri HP aku dah nak mati...ahahahaha...
Finally aku amik 2 jam 20 mins untuk sampai ke puncak, dan 2 jam 30 mins untuk tiba ke kaki gunung. After sampai kaki gunung, aku dan Jihah terpaksa tunggu 1 jam lebih untuk budak2 lain sampai, termasuk driver kitorang, Pian..
Sebenarnya, boleh panjat dengan lebih laju, andai kata aku tak berhenti dengan lama setiap kali aku nampak kerusi/pondok rehat. Dan aku boleh turun dengan lebih laju kalau bukan kerana kaki aku dah tak stabil dan menggeletar kepenatan..ahaha.
Aku tau la aku tak banyak exercise, tapi aku rasa naik gunung ni bukan sekadar memerlukan physical strength. Ia jugak memerlukan mental strength dan keazaman nak teruskan perjalanan. Sekuat mana seseorang pun, kalau dah naik gunung setinggi 2658 kaki tu, mesti jadik lembik jugak. At the end of the day, keazaman dan kesabaran nak teruskan perjalanan tu yang penting. Di ketika aku keseorangan turun gunung tu, betapa GEMBIRA nya aku bila aku dapat dengar bunyi kereta kat jalan raya, and nampak kereta merah Sharifah parking kat tepi jalan raya!
Finally, aku nak salahkan Sharifah yang tengah bergembira cuti bersama keluarga kat KL, sebab dia punya cadangan la kitorang terpaksa panjat Gunung Santubong tu. Kununnya nak jadik 'kepala' kitorang, last2, dia la yang paling last sampai ke puncak/kaki gunung. Siap beg dia orang lain tolong angkat lagi...Cess...Ni kene balas kaw-kaw pas ni... 