Kuasa itu, kadang2 satu anugerah yang tak bermanfaat dan kadang2 digunakan untuk menindas orang lain.
Siapa kata kuasa itu gunanya baik? Jarang sekali aku melihat orang2 yang memegang kuasa ini, menggunakannya dengan sebaik-baiknya demi kepentingan orang lain selain dirinya dan keluarganya..
Aku andaikan orang yang berkuasa itu seperti orang yang memandu kereta2 besar, macam Xtrail..Rexton..Pajero gitu ah. Dan orang yang tak ada kuasa itu contohnya macam aku yang cuma memandu kereta Kancil.
Ceritanya sebegini.
1. Si berkereta besar tadi dengan sedapnya sahaja cilok kanan cilok kiri atas jalan. Sebagai pemandu kereta kecil, aku memanglah takut. Takut kena langgar. Ye lah, kereta kecil aku ini, memanglah orang tak pandang...
2. Sememangnya aku tak dipandang. Sedap lah lepas itu, kereta aku kena langgar. Bila saja aku minta nombor nak claim bayar repair kereta, dengan muka lagak, si pemandu kereta itu terus suruh ayahnya yang duduk di sebelah setel kan. Dengan muka selamba, si ayah terus hulur 4 keping not RM50. Macam kasi Rm5 jek gayanya. Tak nak kasi nombor. Kereta kecil ni murah saja repairnya..
3. Dengan mood yang tak best, aku teruskan journey ke hospital. Hospital ni satu hal. Pantang lambat sikit, memang dah tak ada parking. Akhirnya aku terpaksa parking jauh. Yang tak best, banyak kereta2 besar makan space. Sekali ambil 2 parking spaces...
Gitu la bila tak ada kereta besar. Gitulah bila tak ada kuasa.
1. Bila tak ada kuasa, orang tak pandang.
2. Bila tak ada kuasa, orang layan kita macam sampah.
3. Bila tak ada kuasa, orang senang2 rampas hak kita.
Banyak lagi analogi lain. Paling ketara sekarang ialah bagaimana umat Islam dilayan. Kerana kita tak ada kuasa. Kita cuma ada kuasa dalam negara sendiri. Dalam OIC. Itu sahaja. Yang memegang tampuk2 kuasa besar sekarang ialah musuh kita.
Keadaan kita sekarang umpama kayu lempung ditebuk kumbang tembus-menembus. Dalam erti kata lain, kita yang lemah ini mudah sangat diperbagaikan oleh orang yang berkuasa.
Ya, kita memang lemah. Kalau fesyennya begini, ikut sahaja. Kalau muziknya begitu, ikut sahaja. Kalau filemnya begini, ikut sahaja. Betapa lemahnya kita hingga kita bagai kerbau ditarik hidungnya.
Ahaha. Lemahnya. Sukarnya hidup tanpa kuasa. Alangkah bagusnya kita sebagai umat Islam empunya kuasa.... Tapi, sebijak mana kita akan menggunakan kuasa itu kelak....Wallahualam..