Aug 30, 2006

bodoh sombong punya dot dot

Apa beza antara bodoh sombong dan pemalas?

Andaikan satu pasangan suami isteri sedang berkereta nak pi melancong. Yang suami ni, jenisnya bodoh sombong. Masa dalam perjalanan tu, diorang sesat. Suami ni, tanya jalan tak nak. Suruh tengok map, tak nak. Malah si isteri offer nak tanya dengan orang lain pun dia tak kasi. Si suami ni, rasakan dirinya hebat sangat. Ego. Tak payah mintak tolong dengan orang lain. Padahal dia pun tak tau di mana mereka. Akhirnya, pasangan suami isteri tu tersesat jauh sampai masuk area yang lengang. Kalau nak cerita drastik lagi, akhirnya pasangan tu kene rompak tengah jalan. Dalam hal ini, bolehlah nak dikatakan si suami tu bodoh sombong.

Bagaimana pula suami pemalas? Suami pemalas ni, suruh tanya orang dia malas. Suruh tengok map dia malas. Disuruhnya saja isterinya bertanya dengan orang lain. Akhirnya mereka tiba jua di destinasi mereka, tetapi lambat sedikit. Tak kene rompak, tapi duit banyak habis beli minyak sebab jalan pusing2.

Antara bodoh sombong dan pemalas, lebih baik jadi seorang pemalas. Walaupun kerjanya lambat siap, tapi siap juga akhirnya. Kalau jadi bodoh sombong, bukan sahaja kerja tak siap, kalau pun siap, jadinya macam ntah apa2.

Pemalas buat orang susah hati. Orang yang bodoh sombong buat orang sakit hati.
Sudah lah bodoh, tak paham2 pula dirinya bodoh. Kemudian, tambah bodoh sebab salahkan orang disekelilingnya yang bersalah.

Contoh terdekat, artis yang tak reti cakap melayu. Sudahlah bodoh, disalahkan pula kerajaan, malah keturunannya kerana tidak reti bercakap bahasa melayu. Kalau benar dia berdarah Arab, bercakaplah bahasa Arab..kenapa English? Kalau dia berdarah Cina, bercakaplah bahasa Cina..kenapa English? Kalau dia berdarah India, bercakaplah India..kenapa English?

Kalau benar keluarganya bercakap English, masakan orang gajinya bercakap English? Masakan makcik jual nasi lemak cakap English? Masakan pakcik jual durian cakap English? Oh, mungkin dia tidak makan nasi lemak dan durian kerana dia "English". Mau dia tidak empunya orang gaji, sebaliknya dia dilayani seorang "butler". (Kerana itu, aku sokong amik orang gaji dari Indon, seelok-eloknya mereka mengajar anak2 kita berbahasa Melayu walaupun dengan slang Indon)

Disalahkan pula kerajaan kerana dia tidak bisa bercakap English kerana Sains dan Matematik diajar dalam bahasa English. Macam lah semasa subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Agama diajar dalam bahasa English.

Maap lah, cerita tu dah lapuk. Tapi, sempena hari merdeka yang dah nak dekat ni, aku coretkan jugak rasa hati. Aku rasa orang itu sangat bodoh. Sudahlah bodoh, sombong pulak tu. Siap perlekeh bahasa negara sendiri. Aku pergi Germany, siap jumpa pakcik Germany berbahasa Melayu indonesia. Ke Jepun, siap dibawa melawat istana di Osaka oleh seorang Japanese yang fasih berbahasa Melayu. Orang asing lagikan berlumba mempelajari bahasa kita, kita pulak buang bahasa sendiri ke tepi.

Maap jugak lah bahasa melayu aku lintang pukang. Walaupun bermak-bapakkan Munsyi DBP, bahasa aku sememangnya sangat lintang pukang. Aku bukan bodoh sombong nak salahkan mak bapak aku yang bukan Melayu, atau nak salahkan kerajaan sebab hantar aku ke Ireland untuk belajar sampai lupa hukum-hakam tatabahasa, tapi aku salahkan diri sendiri pemalas sebab malas nak belajar bahasa sendiri.

Lepas ini aku akan jadik rajin sedikit. Bukan setakat bahasa melayu, lepas ini, aku terer kan lagi bercakap bahasa melanau, cina dan iban. Berkhidmat untuk rakyat, beb. Tambah lagi hutang dengan kerajaan RM756,000.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-49. Pengajaran merdeka kali ini, jangan salahkan orang kalau kita tak maju, salahkan diri sendiri kerana tak usaha lebih. Kita sama ada pemalas ataupun bodoh sombong. Antara pemalas dan bodoh sombong, lebih baik jangan jadi kedua-duanya. Lebih baik jadik rajin, doa banyak2 dan tawakal...Cam mana Tuhan nak ubah kita kalo kita sendiri tanak usaha ubah diri sendiri....

Aug 15, 2006

sakitnyer badan...

Selepas balik "bercuti" di Kuala Lumpur tempoh hari, aku ada masalah dengan bahu aku. Nak kata terkehel, tak juga. Nak kata patah, lagi lah tak mungkin. Kemungkinan besar bahu aku ni kejang, sebab mengendong backpack 35lb satu hari.
Memang agak sial jugak lah sakit bahu aku ini. Kalau di rumah, aku lah yang selalu diharap buat kerja2 berat ie angkat benda2 berat. Dengan bahu yang kejang ni, aku rasa hopeless dan worthless di rumah.
Melihat kebengangan aku bermalas-malasan di rumah, mak aku syorkan aku pergi mengurut.
Sedap jugaklah, diurut satu badan. Oh, jangan salah sangka...aku pergi mengurut kat Persatuan Orang Buta di Kuching ni. Bukan di rumah2 urut yang heboh diperkatakan oleh TV3.. RM23 untuk satu jam. Lepas kena urut tu, badan aku terus jadik lemah longlai...but in a good way. Rasa ringan sangat badan aku ni..aku syorkan rawatan mengurut ini untuk semua penagih syabu yang selalu nak rasa "high".
Ok lah jugak servis yang diberi oleh makcik buta itu. Daripada pergi mengada2 dengan awek2 di rumah urut tu, lagi bagus mengurut kat pusat macam ini..pada masa yang sama, dapat membantu golongan ini. Bak kata pusat itu "Help the blind to help themselves".
Tapi, bila aku fikir2, aku tak pernah pun nampak rumah2 urut di Kuching ni. Tak macam di KL. Kelab malam pun tak banyak. Tapi, jangan salah sangka. Aku tak pernah jejak kaki di kelab malam. Nama pun orang Islam.
"teringat dengan member tu. pergi bar tapi tak buat apa2. minum coca-cola jek." - alah, dah dekatkan diri dengan tempat jual alcohol tu dah kira haram. kalau nak cola, kedai mamak pun ada....
Oh balik ke cerita asal. Macam lah benda2 yang menyebabkan keasyikan sementara ni ie dadah dan alcohol, urut2 ni pun satu jenis gak. Sekarang ni, badan aku terasa sakit2 dan lebam2 lepas kena urut dengan makcik tu. Memang power siot tangan makcik tu. Adeh la.....sakit badan nih....