
Girls love bad boys. Smart bad boys. Smart good looking bad boys.
I'm soooooooooooo in love with Michael Scofield. Lalala..Wentworth Miller, will you be mine?
Muahh!!!

















Who would thought that, this Marisa, who first came to Galway, as a 2 in 1 student, would eventually reached her final year? Aku pun tak sangka. Rasa macam baru semalam aku di tahun ke-2..kini sudah tiba masanya untuk aku menamatkan pengajian di NUIG. Halamak!
Perasaan agak gusar. Gusar kerana aku tau, aku benar2 tidak bersedia untuk menghadapi final year. Setiap tahun, aku melalui setiap semester semput2 sampai kadang2 hilang nafas dan kederat tulang 4 kerat. Aku akui, semuanya silap diri sendiri, sebab dah nature aku, suka nak belajar last minute. Tambahan lagi, aku memang tidak berminat nak belajar perubatan pada asalnya. Minat itu hanya wujud tatkala aku di tahun ke-5 ini.
Aku expect, aku antara salah satu insan yang akan "gugur" di tahun terakhir nanti. Sebab itu aku resah dengan expectation orang lain, termasuk mak bapak sendiri. Mengikut gaya aku yang pemalas ini, negative expectation itu sudah melekat di kepala otak aku. Namun, itu bukanlah bermaksud aku akan mengundur diri dan tidak mencuba untuk melakukan yang terbaik. For me "AIM FOR THE BEST, AND EXPECT THE WORSE". Hanya dengan itu sahaja, aku tak akan rasa menyesal.
Finally, aku benar2 bersyukur buat Yang Maha Esa, since selama aku belajar di NUIG ini, aku tak pernah gagal, biarpun usaha aku sekadar cukup makan. Terima kasih kerana menganugerahkan aku otak yang mampu menyerap ilmu di saat2 terakhir. Yang paling penting sekali, terima kasih kerna sentiasa memberi ketenangan buat aku selama aku di sini. Dengan ketenangan itulah, aku tak perlu gentar apabila melihat teman2 lain yang rajin dan berusaha bagai nak maut...tak perlu gentar akan teman2 Irish yang lain....tak perlu gentar apabila menduduki peperiksaan...
......tapi, kenapa suara aku kecik semacam time presentation???



Itulah kerja seorang kuli untuk the whole week.
Aku start pukul 5.30am, after Subuh. Siap kerja semua, pukul 7am. And then ke Aldi jam 11.30am, beli groceries. Penat gila balik tu. Rasa macam nak tercabut scapula dan tulang bahu aku mengangkat barang2 groceries. Satu tangan angkat beg plastik penuh dengan vegies and the other hand, carrying a bag of breads and milk. Tambah lagi a bagpack full of fruits
Kan best kalo ada kereta? Tak le terasa kuli sangat!
Tapi, bila aku fikir2, takdelah susah sangat pun kerja kemas rumah ni. Barulah faham perasaan seorang orang gaji, bibik, amah, maid..whatever. Dan juga seorang ibu. Nasib aku membesar tanpa seorang amah. So, mama (dan papa) memang mengajar aku dan sis aku untuk rajin kemas rumah. Kalau lah aku seorang yang manja dan dependent on maid (and mum) to do all the housework, mesti aku akan terkapai2.
Kecik2 lagi, dari darjah 2 aku dah kena sental baju dan kasut sekolah sendiri. Kadang2 kena basuh baju Azam (lemah betul aku ngan daki kat kolar baju sekolah si Azam ni. Tambah lagi nak kene sental stokin dia yang hitam nak mampus tu). Setiap hujung minggu kena sapu dan mop lantai rumah. Kadang2 kene kerahan tenaga bersih lalang kat laman rumah. Lepas tu, cuci kereta. Mula2, aku pemalas gila. Kadang2 naik angin, sebab time2 hujung minggu lah banyak citer kanak2 yang best. Tapi, dah besar, aku tak kisah buat semua tu. Jadik macam rutin. Kalau tak buat, rasa macam tak kena.
Mama siap suruh aku "tak payahlah cuci kereta tu selalu..." Ahahaha.
Nasib minggu ni, minggu terakhir aku jadi kuli kat rumah ni. Lepas tu aku cuti 3 bulan. Kepada Roq, kalo ko baca post ni, sebab tu la aku gelak2 kat dalam toilet tadi. Gelak happy sebab lepas ni aku tak yah jadik kuli lagi sampai cuti! Tapi ko still kene, Roq....ahahahahahaha.
Yang pastinya, bulan Mei mengingati kita akan Hari Ibu..Untuk Mama, 16 Mei yang akan datang (yakni Hari Guru) juga signifikan..Mama kan seorang guru :) Tapi, sayang aku buat Mama, bukan pada hari2 ini sahaja..sayang buat mama, kekal hingga nafas aku yang terakhir..dan ingatan buat mama pasti kekal hingga dia pergi... Doa yang terindah buat mama!
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil"." (17:23-24)
So, appreciate your mum! Dont treat your mum like a maid, respect and love them as much as you love yourself. I stil remember, the early signs of approaching doomsday is tatkala seorang ibu melahirkan tuannya. Well, not a strange thing in our society..Sad, isn't it? Sigh..