May 28, 2005

benci.


Benci,
Mudah benar rasa benci,
Yang bertumbuh dalam hati,
Persis cendawan di petang hari.

Benci,
Selesa benar rasa benci,
Persis tidur di tengah hari,
Sambil dibuai angan dan mimpi.

Benci,
Enak benar rasa benci,
Persis menjamu sepinggan nasi,
Kenyang perut suka hati.

Benci,
Benar-benar rasa benci,
Takkan mahu ditepis rasa ini,
Sebati amat dengan diri.

Benci,
Benar-benar rasa benci,
Mengalir dalam setiap urat hati,
Setiap inci daging tubuh ini.

Benci,
Benar-benar rasa benci,
Laku dan kata berbaur benci,
Kanan dan kiri dilitup benci.

Benci….benci….

Ah, benci!

Pergilah kau ‘benci’.
Penat sudah aku membenci.
Tapi,
Andai ‘kasih’ jarang menemani,
Masakan bisa ‘benci’ ini diketepi?