Mar 31, 2007

mock me

mock exam?

how was it?

two words...

"MACAM SYAL"

Mar 25, 2007

study

Belajar ni senang sebenarnya. In one sitting (concentrately..), boleh habiskan banyak chapter. Without doubt punyelah. Tambah lagi bila dah last minute and (terribly) desperate nak habiskan the whole lot.
Contohnya masa SPM dulu. Study was no big deal. Lepas balik sekolah tengah hari (dan tidur 2,3 jam), aku akan duduk depan mak aku at the kitchen, bukak buku and study. She wasnt keen on 'spot question', hence prefer if I studied the whole textbook. The tension of having to sit and study in front of your mum, was actually a good thing. Especially bila belajar benda2 bosan macam Sejarah/BM. Kalau tak, mesti akan tersengguk2 and terngantuk2 bila belajar sorang2. So, macam tu la aku study for SPM.
Bila dah kat Galway ni, entahlah. Mungkin sebab aku dulu2 bukan budak sekolah asrama, and so, disiplin aku tak kuat when it comes to study. Bukannya tak dapat, dua kali aku dapat peluang pi sekolah asrama. Tapi, dua2 mak bapak aku rejek, sebab takut bila aku masuk sekolah menengah ni, aku tak disiplin (which is quite true..). So, result aku sekarang ni pun tunggang terbalik. Asyik2 second class hon. Bosan la jugak. Terpikir jugak, macam mana aku dapat result gempak for pharm, sampai menang award hari tu? Macam mana aku belajar at that time, huh?
So, belajar ni senang sebenarnya. If I have my mum in front of me, right now. Sigh.
Damn this devil (laptop) in front of me.
Concentrate!! Concentrate!! Study weiii....
P/S: Trimas buat semua akak2, abang2 and adik2 Galway yang mendoakan kejayaan kami, bebudak final year 2007. Maju trus........

Mar 22, 2007

blanja makan

aku: eka..lapar ah.
eka: jum makan. hang blanja.
aku: apsal aku plak?? eka la blanja..
eka: hang ah..
aku: ah, tak nak.
eka: kalo eka cakap one sentence ni, mesti hang blanja..
aku: apa?
eka: hari ni beday eka..
aku: la, ye ke..

finally, aku kene blanja gak eka tadi tuh. huhu... main psychology ni..cess. hahah..
berapa dah umur, eka? 26? ahahahaha... acah jek. 25 baru kan... ;p

peace

Mar 12, 2007

Satu minggu ini

Isnin:
Mulut becok buat huru hara
Walaupun aku dah dipesan supaya simpan hal ni senyap2, tapi, tanpa menamakan sapa2, aku terasa nak jugak lahirkan rasa kurang puas hati aku. Bagi aku, kalau niatnya sama, apa salahnya bekerjasama. Dan bagi aku, setiap orang ada hak untuk menambahkan ilmu masing2. Asalkan tak membawa kepada jahanam mana2 pihak, tak usahlah melatah apabila berdepan dengan perkara2 macam ni. Peace.


Selasa:
Dapat angpaw Raya Cina Euro400

Alhamdulillah, duit yang mama hantar aku selamat dapat. Gembira sakan la jugak dapat duit banyak2 ni. Ingat jugak orang Sibu ngan aku. Tapi, semenjak busy gila2 ni, dah tak minat sangat aku nak bershoping. Kalau ada nafsu shoping pun, terpikir jugak perlu atau tidak aku berbelanja ni. Mungkin dah sampai umur di mana aku kena pikir elok2 sebelum belanja duit macam air paip. Memandangkan kerja di Ireland ni macam tak secure, elok la jugak aku simpan duit ni untuk bayar balik MARA nanti. Huhu...nak beli Threadless....


Rabu:
Ajar budak-budak

Bawak budak2 3rd year. Yang nyatanya, aku saja2 join diorang sebab diorang tau patient best2. Gembira pulak rasanya bila dapat mengajar budak2 ni. Walaupun, aku tak le pandai sangat mengajar, tapi, sebab keturunan2 aku ni cikgu, mungkin terasa la gembiranya bila dapat mengajar. Walaupun cam hampeh. Hahaha.


Khamis:
Java bersama Pulut

Lambat gila Pulut abis oral hari ni. Susah jugak jadik orang last in the list. Lepas tu dia risau2 dapat soalan senang sangat. Ala, lepakla.. Patutnya belanja dia Java, tapi dia yang bayar. Takde duit la. Haha. Lepas tu borak2 'politik'. Ye ke? Ahaha..layankan je la kau. Sorry Liyana..... (kalau ko baca). Malam tu, gembira pulak bergelak ketawa ngan Pulut ngan Liyana. Habis aku tak study malam tu..huhu


Jumaat:
Main ular

Hari ni aku determine nak setelkan claim MARA aku. So, aku ponteng hari ni. Punya pemalas aku hari ni, aku naik bas pergi and balik town. Sempat jugak aku usya suit, nak beli ke tak nak. Ada dua pasang kasut lawa gak..satu kat TopShop, another kat Aldo. Tapi sayang duit punya pasal maka aku tak beli. Tahan je la. Menahan nafsu tu separuh dari iman gak. Malam tu, aku layan cerita hantu ngan Pulut and Liyana. Ngantuk2 jugak la. Sebab tak leh banyak subtitle (spec tinggal kat CSI), bengang jugak la aku. Tapi scary dowh...


Sabtu:
Qiam senguk-sengguk

Malam tu dua kali aku solat sunat hajat. Yang satu kol 2am aku terbangun. Kebetulan tak Isyak lagi. Pukul 4.30am tu, Maedy kejutkan aku. Ajak qiam. Punya la mamai aku. Sebelum tu, pagi tu, ada study group ngan geng2 aku. Penat la jugak. Balik study group tu, makan megi. Bila makan megi tu, teringat ngan mak aku, sebab dia pun suka makan megi tu. Kalau dia masak, mesti dia masak 3,4 paket ngan telur. Biasa dia masak petang2, kononnya untuk minum petang, lepas dia habis mengajar tuisyen. Lepas tu, dia panggil aku ngan bapak aku (kitorang petang2 selalu gardening), and then Dudin (selalu layan kartun time2 ni). Kalau Azam ada, mesti dia tengah main game ataupun tidur petang ataupun layan internet. Kalau Tayang ada, dia mesti tengah tidur petang ngan Irfan, ataupun layan kartun dengan Dudin, ataupun tengah main2 ngan Irfan. Ah rindunya. Lepas makan megi tu, aku pun tidur..ahaha..penat dowh..


Ahad:
"Eh, tak payah risau la. Dah sampai tahun akhir, tinggal sikit lagi. Boleh buat punya".


Itu la pesan bapak aku. Nak cakap ngan mak aku, dia kat KL. Satu minggu. Buat soalan STPM ramai2 kat KL. Tinggal bapak aku ngan Dudin kat rumah. Azam dah balik Unimas tengah hari tu. Tayang ngan Irfan balik rumah mentua, esok diorang balik Kapit. Sekarang cuti sekolah satu minggu. Dudin tengah buat bendera, dia cakap. Bapak aku cakap, Jumaat depan, dia, Dudin ngan Azam pergi KL, lepas tu balik sama2 dengan mak aku ke Kuching. Lepas call familyi aku, teringin plak aku call Rafli. Hehe, dia tengah dinner ngan kakak dia. Dia cakap, eh, no 013 kuar kat HP dia. Aku tipu, cakap aku kat KLIA ni, balik Malaysia... excited rupanya dia. Huahaha..


Lalala...

Mar 9, 2007

kata

Manusia itu dipegang pada katanya, lembu itu dipegang pada tali yang mengikatnya.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sukar sekali.

Yang membezakan manusia dengan seekor lembu dan sebuah perahu ialah kata-kata...


Haha...