Mar 28, 2005

bosan



Pernah rasa bosan,
apa rasanya,
mungkin bila buat satu benda,
berulang-ulang,
tapi makan kan macam tu?

Pernah rasa bosan,
apa rasanya,
mungkin bila buat satu benda,
sampai 4-5 jam lamanya,
tapi tonton TV kan macam tu?

Pernah rasa bosan,
apa rasanya,
mungkin bila buat satu benda,
statik dan tak bergerak,
tapi tidur kan macam tu?

Pernah rasa bosan,
apa rasanya,
mungkin bila buat satu benda,
hari-hari kena bergerak,
tapi 'travelling' kan macam tu?

Pernah rasa bosan,
apa rasanya,
mungkin bila buat satu benda,
asyik-asyik kena keluar duit,
tapi 'bershopping' kan macam tu?

Maka,
kalau kau rasa yang membosankan itu,
......bosan,
kenapa kau buat?


Sekarang aku tengah bosan study. Tapi aku buat juga, kerana kebosanan tidak membuat apa-apa itu, lebih bosan dari bosan study.

Mar 19, 2005

MD



Penat cam sial.
Kenapa ntah nak jadi doktor?
Penat seharian. Lelah. Balik rumah aje dah takde mood nak study. Tido.
Di hospital? Dua kali lima.
Kejar doc seharian.
Bila dah jumpa, dibuang tepi aje.
Elok lagi.
Buat tak kenal.
Sialan.
Rasa cam bodoh.
Ach!
Buat sakit hati pikir jek..
Lantas, aku mengadap komputer satu hari.
Bertenet sampai lebam.
*ahahaha*
Lalu terserempak satu web.
Tried it out.
Jawapannya gini....


You Should Get a MD (Doctor of Medicine)
You're both compassionate and brilliant - a rare combination.You were born to be a doctor.


Emangnya,
udah nasib gini.
Trusin aje.
Moga-moga aje ngga' nazak ujung hari.