Akhirnya penantian selama 2 hari selepas exam sudah berakhir.
Alhamdulillah, Maha Suci Allah, Yang Maha Kuasa Yang Menentukan Segalanya... aku lulus 2nd class honour overall. Semua subjek second class. Alhamdulillah, medicine yang aku takut2 fail tu, dapat 2nd class jugak. Walaupun bukan 1st class, tapi aku syukur amat2 sebab dah mengatasi expectations aku sendiri (iaitu, kalau PASS pun cukup la...).
Plan asal sebenarnya nak tengok result hari Jumaat. Siap kasik tau Aini, tengokkan kalau2 ada tak Malaysian yang fail. Pulut pun beriya2 suruh aku tengok result...haha...lagi beriya dari aku tuuu...
Tapi, Aini tiba2 call kata takde pun listed student yang fail. Dalam cuak2 aku kasik tau no ID aku. 5 minit aku tunggu Aini untuk call aku balik, dan aku rasa 5 minit tu la yang paling mendebarkan. Andai kata aku fail, kesian la Aini nak break the bad news untuk aku.
Syukur aku rasanya tak mampu nak membalas pemberian Allah SWT selama ni. Ditambah pulak dengan result yang tak disangka2, lagi la terasa banyaknya hutang aku ngan Dia.
Terima kasih jugak buat semua, terutamanya budak rumah aku, Pulut, Liyana, Maedy, Roque, Wan, ngan Faezah. Buat study groupmate aku, Firdouse, Eka and Hazli. Buat Aini. The rest of my colleagues. Budak2 third year yg banyak tolong dekat2 exam ni. And the rest of Galwegian. And sume kawan2 aku di merata dunia, tak termention la nama (tp, especially nina and amar for your supports for the last 5 years)... Yang pastinya, buat parents aku yang sentiasa percaya kat aku....
Tenang hati aku, sebab balik ni aku membawa berita gembira...