Oct 28, 2006

cinderella


Pulut dah tido.
Layan citer Cinderella ngan Pulut tadi.
Kurang hajau punyer ending. Seb baik aku tengok sipi2 tadi. Kalo tak, memang tak tido aku terbayang2 antu tu.
Oh, notes untuk presentation Myasthenia Gravis untuk esok tak siap lagi. Aku dah ngantuk ni. Minum kopi pun ngantuk lagi. Caffeine-immune ni.
Ni yang malas minum kopi. Dah le tak kaw-kaw, buat kuning gigi jek. Baik minum BPM atau Red Bull.
Satu minggu ni, secara amnya, OK ah. OK la buat orthopaedic ngan Mr Curtin. Betul la cakap Phalinn, hidung Curtin memang hidung paling besau aku pernah jumpa. Gembira jugak dapat tutorial, walaupun cam hampeh bila kene tanya. Semangat buat history taking tak ada lagi, sebab, terasa patient Galway tak frenly..ahahah..suka patient Ballinasloe...
Gembira jugak sebab makan banyak minggu ni. Makan sedap2 kat rumah orang. First time makan nasik kaler biru yang dijamu Naa. Huhu. Esok lusa, ada jamuan lagi. Cayalah.

Oh, aku dah jadik member KUG..haha....
Dont worry, aku kaki usrah, kaki PPI, kaki MYS, kaki DAP, kaki Persatuan Melanau Sarawak...blu bla blu bla....hipokrit? tak ah...aku kaki layan jek.....
Jangan tanya kenapa aku join sedangkan dulu aku bengang gila ngan kelab2 ni. Aku bengang sebab orang gaduh tak tentu pasal bila timbul hal kelab2. Kalau tak tau sebab betul, jangan ngengada nak mengadu domba. Aku join sebab I believe everyone should be given a fair chance. Cukuplah dengan cuba untuk prove yourself worthy of acknowledgemnet by creating a good club that unite people dan pada masa yang sama, amar makruf nahi mungkar. Tak usahlah bersoal jawab niat seseorang nak join satu2 kelab. Sampai bila kelab tu nak bergerak, kalau setiap masa membernya disoal jawab?

Ada masalah?
Peace.

Oct 20, 2006

balik kampung



Alhamdullilah. Aku dah balik 'kampung' dengan selamatnya, dan dengan perasaan gembira.
Dah setel attachment general medicine kat Ballinasloe for 4 weeks. Gembira coz minggu terakhir ni, aku dah bonding dengan consultant. Dr Clarke ni, kerek, weird tapi orangnya baik. The fact that dia insist aku jadik lebih confident dan ajar aku sambil bergurau dgn patient...buat aku rasa 'belajar' can be a fun thing kalo kene dengan cikgunya. ye, lepas ni jadik lebih confident...aku ni penakut sebenarnya, selalu kene tegur ngan SHO sebab selalu jawab soalan dengan suara ciput2 walopun betul. ye ah, suara burung pipit, bak kater prof loftus.
Walaupun, secara ilmiahnya, aku tak semakin bijak, tapi aku suka dengan team aku di Ballinasloe. Diorang concern giler ngan aku, selalu tanye aku apa yang aku dah buat, patient apa aku dah jumpa, kalau aku ada2 apa2 soalan, dan setiap masa ngajar aku biarpun untuk beberapa minit between patients masa ward round. Dan yang paling penting, diorang ingatkan aku, tak guna kalo ko pandai, yang penting ko kene yakin!!! Thanks Rev!!
Bertambah2 la semangat aku nak jadik doktor yang baik, yang rajin ngajar junior2 akan datang, insyaAllah.
Best2 pun, aku ponteng gak hari last day attachment..ahahah...lantak ah. Aku nak raya!!

P/S
1. hari ni tolong liyana buat 'biskut' nenas. bukan tart nenas...diulangi, bukan tart nenas!
2. roque spoil mood seh, sedih dapat tau dr larkin dah ada awek.
3. sedap giler makan time usrah kat umah farah petang tadi. len kali boleh jemput lagi..rumah lawa kene buat selalu. rumah buruk cam snipelawn, tak yah la...ahaha...
4. rindunyer ngan hosmet!!!!!! wahahahhahaha....kontrol geli..kontrol geli.....

Oct 17, 2006

komplen sket...


manusia memang kuat komplen.
satu, sebab kita ada nafsu. kedua, sebab kita ada akal. tiga, sebab kita ada mulut. dan empat, yang paling penting sekali, kita ada orang yang sanggup mendengar komplen kita itu. sebab itu, di malaysia, kita ada kaunter pertanyaan dan peti cadangan. dan juga blog untuk melampiaskan rasa tak puas ati.
sebenarnya, agak bosan mendengar orang yang kuat komplen, apatah lagi benda yang remeh temeh. sejak study medicine ni, hari2 mendengar komplen patient. doktor sendiri pun komplen jugak. doktor komplen pasal patient pasal nurse...nurse komplen pasal doktor, pasal patient. patient komplen pasal doktor, pasal nurse...bla...bla...everything goes around in a circle.
kadang2 hidup dah cukup bagus pun, kita masih komplen lagi. duit banyak pun, kita masih komplen, sebab duit dah banyak nafsu pun tambah banyak. last2 duit tak cukup dan yang makin banyak tu hutang. tak kisah pasal duit ke, pasal study ke, pasal masyarakat dunia ke, pasal kawan yang byk songeh ke, atau pasal ex-boypren yang menyakitkan hati. ye..ye..jgn komplen.
aku menyampah kadang kala bila terpaksa menyumbang telinga mendengar komplen orang2 ni. dan sebab aku sendiri menyampah, aku berpendapat orang lain pun akan rasa menyampah bila aku sendiri komplen. sebab itu, aku try untuk kurangkan komplen dan bersyukur dan terima je apa yang dah jadik. hadapi dengan senyuman.
tapi, aku dengar jugakla komplen orang2 tertentu. aku suka kalo orang komplen, dan akhirnya dia sendiri yang sedar i.e. mak aku. mak aku kuat komplen jugak. setiap hari, time lunch, aku dan bapak aku jadik pendengar setia komplen2 mak aku. penat jugak jadik cikgu. masalah budak2, masalah buku rekod, masalah cikgu2 sekolah dia yang kuat ampu tp keje kurang, masalah tesis dia, itu ini..situ sini la masalah. tapi, yang bagus pasal dia, dia ada initiatif sendiri nak setelkan rasa tak puas hati dan masalah2 tu. dan kadang2 dia nasihat aku adik bradik macam mana nak handle problem atau orang2 yang buat sakit ati.
tak gemar kalau dengar komplen pasal perangai orang lain yang menyusahkan. sebab tu, aku tak tau nak tolong cam mana. orang tu sendiri kene sedar perangai dia yang nyusahkan orang. bagi aku, bersabar jek la dengan perangai orang2 macam ni.
tak gemar jugak orang lelaki yang kuat komplen. sebab komplen ni keje pompuan. bukan la nak sexist. tapi, pompuan ni walopun lemah fizikal, kuatnya pada mulut. tak semua pompuan dpt mengubah sesuatu dengan kederat sendiri, maka mereka gunakan kuasa mulut diorang la. so, lelaki kene jadik cam bapak aku. tak banyak komplen, dan kalo bengang pun, usaha la untuk mengubah masalah tu. cakap banyak tapi haprak pun tak dak..baik jadik pondan.
sori la, terpaksa pula baca psl aku komplen psl orang yg kuat komplen. tak kisah korang nak komplen, asalkan aku cuma jadik tukang dengar jek. nak kasi nasihat, aku tak pandai sangat. kalo aku, bunuh jek orang buat sakit hati tu...ahaha...eh, takdelah. bulan posa ni, tak baik bunuh2 orang. kalo tulis komplen dalam blog takpe. kalo tak suka baca, bole tekan 'alt f4' bila2. takpun, tulisla komen/komplen kat blog ni. dan kalo aku tak suke komen tu, aku buat dek jek. tak pun aku jawab sesarcastic yang mungkin. peace.

Oct 9, 2006

Maaf


Orang kata tak kenal maka tak cinta.

Orang kata 'dont judge a book by it's cover'.

Aku kata, benar sangatlah kata-kata itu. Sekaligus, membuat diri sendiri merasa malu. Malu kerana menghakimi seseorang itu tanpa cuba mengenalinya. Terasa nak sepak diri sendiri.

Well, benda dah jadik. Nak buat macam mana. Harapkan Tuhan je maafkan diri ini. Dosa aku sesama manusia tu, wallahualam. Aku sendiri kena usaha minta maaf, kan?

Minta maaf secara terbuka buat sesiapa yang terasa dengan artikel 'mabuk'. You know who you are.

Mungkin Galway bagi aku dah nak kiamat kerana adanya orang-orang yang enggan turut serta apabila sesuatu majlis itu diadakan. Yang A tak nak ikut majlis B, sebab cara B tak kena dengan gaya A. Vice versa. Tak pasal2, kita pun berpecah belah. Aku harapkan, apabila dah ada banyak persatuan, kita makin teguh. Nak buat apa2, semuanya berjalan lancar, dan tak banyak bertingkah. Sememangnya, kita tak boleh pertikai usaha orang perseorangan itu dalam merapatkan sesebuah unit masyarakat itu. Tak kisahlah dari sekecil-kecil watak seorang penceduk kuah kari ayam ke setinggi-tinggi jawatan seorang presiden.

Aku tak pernah tak ambil kisah atau bersikap semberono terhadap usaha2 orang-orang ini. Percayalah, ajak sahaja aku ke majlis apa2 pun, (asal ada makan dan boleh berborak gembira sambil melupakan buku buat seketika), pasti panjanglah langkah aku. Cuma kalau boleh, biarlah kena dengan budaya kita sebagai orang Malaysia dan pastinya kena dengan tatasusila kita sebagai umat Islam. Tersimpang dari itu, tak nampak lah muka ni.

Dan yang pasti, aku entitled to my own opinion. Cuma, biasalah, manusia ni kadang2 mudah terlajak kata. Cakap tak ingat nak pandang kiri kanan, lupa nak jaga hati orang.

Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf. Maaf Zahir Batin. Tulus ikhlas dari insan yang hina dina ini.

Peace.

Oct 7, 2006

The rest of me.

I knew I am Japanese..haha...sort of..

I found a cool website, www.myheritage.com, from Farah's blog (promote sket)..It runs face recognition, to seek few other famous people who looked like you. Kinda self-esteem booster... :p Well, even the beautiful actors and actresses has their own "not-so-good-looking" side..which is us...the commoners...ahaha...Peace!

Oct 3, 2006

Poopie trap

This is a great experience indeed.

We missed the horse fair in Ballinasloe, as both me and Saz went back to Galway last weekend.

But the horse left something for us..their 'waste' all over the street, from our home in Dun Esker to the hospital (which is about 20 minutes walk from our house).
And the smell!! Astaghfirullah!! Thank God for the blocked nose!

We hopped along the street, hop..hop..hop..to escape the 'poopie' trap.


Yeah, me and Saz..I bet we can win the Teng-Teng tournament, if there's one.

We're thinking of going to the funfair last night, but the thought of stepping on the horse poo killed the idea. Yeah, missed the Merry Go Round. Missed the Ferris Wheel. And maybe missed winning the ugly pink teddy bear from 'Hit the Can' or 'Shoot the Hoop'

Well...atishoo! atishoo! They all fall down..lalalalalala....

Peace.


P/S: Dr Clarke's team is superb! LOVE THE TEAM!

Sep 30, 2006

for the love of MINI


Gosh!

For the last 2 weeks...I've been seeing MINI!!!





The blue metallic, the royal grey and the yellow MINI One
The solar red metallic MINI One Convertible
The space blue MINI Cooper S Checkmate.

sigh

I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I love you. But your love is too expensive.



Yeah, you know I love you so...lalalalalalala....