Sep 30, 2006

for the love of MINI


Gosh!

For the last 2 weeks...I've been seeing MINI!!!





The blue metallic, the royal grey and the yellow MINI One
The solar red metallic MINI One Convertible
The space blue MINI Cooper S Checkmate.

sigh

I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I LOVE MINI. I love you. But your love is too expensive.



Yeah, you know I love you so...lalalalalalala....

Sep 21, 2006

mulut

Kerana mulut badan binasa.
Berjenaka ada batasnya. Mungkin tak nampak seketara sempadan Sarawak dan Kalimantan. Malah, apa batas berjenaka? Sukar nak diukur, kerana manusia dilahirkan berbeda-beda.
Batas yang mudah adalah yang terlahir dari perasaan yang terzahir. Andai aku gelak, maka jenakalah ia. Andai aku berkecil hati? Kurang ajarlah namanya.
Kerana mulut badan binasa.



Pesan pada diri: Bermula Ramadhan ini, aku berdiam diri sahaja. Bercakap akan hal yang penting sahaja, kurangkan maksiat mulut i.e. mengumpat dan bergosip dan andai berjenaka, biarlah kena dengan gayanya. Kurang dosa mulut. Kau orang, macam mana pula??? Tak insaf-insaf ke??
Lucu. Orangnya baik, agamanya lengkap, sopannya ayu. Tapi mulutnya? Cabik...Cabik....

Sep 18, 2006

smile

Irfan kawaiii..

Last night (approximately 2am), Nina called me. She's back in KL, for her grandma's funeral. For someone, who has been staying in oversea for a long time, I'm surprised that she had forgotten the time difference between KL-Ireland. I guess, grievance confused her.
It's a 15 minutes call. Yet, she seemed (sound) quite happy. Jovial and bubbly as always. She refused to talk about her grandma, whenever I asked her about it. She didnt know this, but I regarded her as Angel of Happiness. She emanated happiness to those around her even though she's in a low mood. One day, I'm afraid, she'll burst so hard for bottling up too much, too long.
I wonder why she called me too early in the morning. And sincere as she always is, she admitted that she called me to querie about him. Nothing about the grandma. Ahhh..should have known that. I told her, simply, that both me and him got bored with each other. Full stop. After all, why should I spare my sadness to others who is in the cloud anyway?
Instead, I filled her in with stories on my lovely Irfan. Irfan this, Irfan that. As I done talking about Irfan, she blurted out, "Marisa, you're so obssessed with Irfan. Luckily, my short term memory is functioning well or I would have thought that he's yours!!"
I laughed. Of course I'm obssessed with him. Anyone (who is in the situation as me) would feel the same way too. Irfan is a unique baby. He smiles all the time. But the best smile would be the one as he wakes up from sleep. Such lovely and sweet smile that is. He smiles when you bath him, change him, feed him....all the time! And for someone (like me) who dont get much smile from others, I find that, a great blessing.


- A smile can make one's day. A sincere acknowledgement can make one's day. An effort to listen to others whining can make one's day. People like Najaa, or Mazni, make other people like me feel very happy, because they smile all the time, and when they do, they smile wholeheartedly. When you live long enough, and learn to study others behaviour, you'll notice that smile can be of many sort: sarcastic, innocent (yet not), flirtitious, ignorance.... Those sort of smiles - make you feel further down the hole.


I'm sorry I dont smile a lot. I sneer, smirk, make faces, but I dont smile. Lame as it may be, but I cant smile. I can blame the assymetrical TMJ and the small eyes, but I wont do that. That would be...ingratitude.


-Senyumlah selalu. Senyum itu sedekah pada hati yang gundah-

Sep 11, 2006

budak baru vs aku

Semalam, budak2 baru sampai.


Semalam jugak, aku sedar aku dah final year.


Aku agak, macam ni lah perasaan akak2 final year masa kitorang pertama kali sampai di Galway. Teringat balik dengan akak2 yang sehousemate dengan aku masa aku mula2 sampai dulu. Kak Aida yang comel, Kak Zeti yang sarcastic, Kak Fida yang lemah lembut dan Kak Ida yang pendiam. Aku nak kater "terima kasih" buat akak2 ni, sebab diorang la, tahun pertama aku kat Galway ni, aku agak tabah sket. Especially buat Kak Zeti yang tarik aku masuk teksi, yang kemudiannya sedar dia dah tersalah amik budak. Kalau tak, aku dah lama dok Ardillaun. Nasib aku tak dok Ardillaun...no offence....eheh....


Kadang2 kita slalu perasan diri kita ini muda sentiasa. Cewah. Sampailah satu tahap itu, di mana, kita dah dikelilingi oleh orang yang lagi muda dari kita...barulah kita sedar diri ni dah tua. Tiba masa dah nak blah dari sana.

Ye, terasa diri sangat tua (walaupun umur masih 23), sebab tengok budak2 baru ni comel2 dan kecik2 belaka. Punyalah zaman akak2 senior aku dulu, besar2 dan tinggi2 belaka. Orang makin naik tahun makin kecik...pelik...


Dah tua, maksudnya jugak dah maju ke depan. Tak kisah ah, bidang akademik ke (statik..tak pernah2 nak overall 1st class), bidang ekonomi ke (agak maju sebab duit saham dah masuk ribu2 ngalahkan duit saham mak), agama ke (mundur sedikit sebab cuti summer aku jadik "setan"), atau sosial (mundur jugak....)...

OVERALL: statik


Tak tau lah nak jadik apa ngan aku ni.


Ye, aku budak final year. Tahun ni, aku dipanggil kak Marisa. Cukup tahun aku grad. Aku tak pandang jauh. Tak macam orang lain, aku takde wawasan. Wawasan aku ialah to get through every day, alive.

Sep 9, 2006

Generasi ke-8

Dah sampai Galway. Bosan pulak. Rindu ngan Irfan. Rindu ngan Dudin. Rindu ngan mama dan papa.


Semalam, kakak aku cerite dia dah botakkan si Irfan. Nak kasi tumbuh rambut baru. Harap2 raya nanti, tumbuh lebat sket. Aku tengok gambar "irfan botak", cina abis muka budak tu. Tak kene langsung dengan bapak nyer yang melayu itam tu. Ikut belah kakak aku yang cina putih la..ehehe.


Pengajaran dari intro yang singkat kat atas tu, aku nak cakap, janganlah memilih pasangan hidup semata2 nak anak yang comel. Contohnya, tengok kakak aku ngan husband dia. Keluar anak, comel gak, putih cam mak nyer. Ahaha. Contoh lain, tengok mak bapak aku sendiri. Mak bapak aku dulu, mak aku putih, bapak aku cerah...ahaha. Tengok2 kuar anak sorang, si Azam, gelap abis......ahahahahah..tapi muka iras2 cina. Aku slalu panggil dia cina itam...ahaha.


Hari tu, kakak aku cerita masa dia kat Sibu, Uncle Philip i.e. adik mak aku, pun ada kat Sibu gak time tu. Dia baru balik dari NZ masa tu sebab nak trace family member, nak buat kitorang punya family tree. Rerupernyer Irfan ni cucu pertama datuk nenek cina kitorang dan merupakan generasi ke-8 dari keturunan Wong yang start dari Tanah Besar China. Agak lucu jugak sebab Uncle Philip beriya2 try nak translate nama kitorang ke sebutan cina. Nama "Marisa" jadik "Malisa". Nama "Muazzam" jadik "Mu Ah Cam". Si Izzuddin jadik "Ih Ju Din". Nama kakak aku "Ruhiyati" tak dapat tukar. Last2 Uncle Philip pakai jek nama timangan dia iaitu "Dayang" jadik "Diana"....ahahahah...Gelak abis aku dengar nama baru kakak aku...dari sedap2 nama Indonesia, jadik nama orang putih...eheheh.....


Kazen Peggy aku, anak Uncle Sinang, kawen bulan 12 ni. Beriya2 diorang suruh kakak aku datang, sebab nak Irfan ada kat majlis tu. Cayalah....Irfan ketua generasi ke-8 keluarga Wong...tabik sama lu Mat Pan!!!

Aug 30, 2006

bodoh sombong punya dot dot

Apa beza antara bodoh sombong dan pemalas?

Andaikan satu pasangan suami isteri sedang berkereta nak pi melancong. Yang suami ni, jenisnya bodoh sombong. Masa dalam perjalanan tu, diorang sesat. Suami ni, tanya jalan tak nak. Suruh tengok map, tak nak. Malah si isteri offer nak tanya dengan orang lain pun dia tak kasi. Si suami ni, rasakan dirinya hebat sangat. Ego. Tak payah mintak tolong dengan orang lain. Padahal dia pun tak tau di mana mereka. Akhirnya, pasangan suami isteri tu tersesat jauh sampai masuk area yang lengang. Kalau nak cerita drastik lagi, akhirnya pasangan tu kene rompak tengah jalan. Dalam hal ini, bolehlah nak dikatakan si suami tu bodoh sombong.

Bagaimana pula suami pemalas? Suami pemalas ni, suruh tanya orang dia malas. Suruh tengok map dia malas. Disuruhnya saja isterinya bertanya dengan orang lain. Akhirnya mereka tiba jua di destinasi mereka, tetapi lambat sedikit. Tak kene rompak, tapi duit banyak habis beli minyak sebab jalan pusing2.

Antara bodoh sombong dan pemalas, lebih baik jadi seorang pemalas. Walaupun kerjanya lambat siap, tapi siap juga akhirnya. Kalau jadi bodoh sombong, bukan sahaja kerja tak siap, kalau pun siap, jadinya macam ntah apa2.

Pemalas buat orang susah hati. Orang yang bodoh sombong buat orang sakit hati.
Sudah lah bodoh, tak paham2 pula dirinya bodoh. Kemudian, tambah bodoh sebab salahkan orang disekelilingnya yang bersalah.

Contoh terdekat, artis yang tak reti cakap melayu. Sudahlah bodoh, disalahkan pula kerajaan, malah keturunannya kerana tidak reti bercakap bahasa melayu. Kalau benar dia berdarah Arab, bercakaplah bahasa Arab..kenapa English? Kalau dia berdarah Cina, bercakaplah bahasa Cina..kenapa English? Kalau dia berdarah India, bercakaplah India..kenapa English?

Kalau benar keluarganya bercakap English, masakan orang gajinya bercakap English? Masakan makcik jual nasi lemak cakap English? Masakan pakcik jual durian cakap English? Oh, mungkin dia tidak makan nasi lemak dan durian kerana dia "English". Mau dia tidak empunya orang gaji, sebaliknya dia dilayani seorang "butler". (Kerana itu, aku sokong amik orang gaji dari Indon, seelok-eloknya mereka mengajar anak2 kita berbahasa Melayu walaupun dengan slang Indon)

Disalahkan pula kerajaan kerana dia tidak bisa bercakap English kerana Sains dan Matematik diajar dalam bahasa English. Macam lah semasa subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Agama diajar dalam bahasa English.

Maap lah, cerita tu dah lapuk. Tapi, sempena hari merdeka yang dah nak dekat ni, aku coretkan jugak rasa hati. Aku rasa orang itu sangat bodoh. Sudahlah bodoh, sombong pulak tu. Siap perlekeh bahasa negara sendiri. Aku pergi Germany, siap jumpa pakcik Germany berbahasa Melayu indonesia. Ke Jepun, siap dibawa melawat istana di Osaka oleh seorang Japanese yang fasih berbahasa Melayu. Orang asing lagikan berlumba mempelajari bahasa kita, kita pulak buang bahasa sendiri ke tepi.

Maap jugak lah bahasa melayu aku lintang pukang. Walaupun bermak-bapakkan Munsyi DBP, bahasa aku sememangnya sangat lintang pukang. Aku bukan bodoh sombong nak salahkan mak bapak aku yang bukan Melayu, atau nak salahkan kerajaan sebab hantar aku ke Ireland untuk belajar sampai lupa hukum-hakam tatabahasa, tapi aku salahkan diri sendiri pemalas sebab malas nak belajar bahasa sendiri.

Lepas ini aku akan jadik rajin sedikit. Bukan setakat bahasa melayu, lepas ini, aku terer kan lagi bercakap bahasa melanau, cina dan iban. Berkhidmat untuk rakyat, beb. Tambah lagi hutang dengan kerajaan RM756,000.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-49. Pengajaran merdeka kali ini, jangan salahkan orang kalau kita tak maju, salahkan diri sendiri kerana tak usaha lebih. Kita sama ada pemalas ataupun bodoh sombong. Antara pemalas dan bodoh sombong, lebih baik jangan jadi kedua-duanya. Lebih baik jadik rajin, doa banyak2 dan tawakal...Cam mana Tuhan nak ubah kita kalo kita sendiri tanak usaha ubah diri sendiri....

Aug 15, 2006

sakitnyer badan...

Selepas balik "bercuti" di Kuala Lumpur tempoh hari, aku ada masalah dengan bahu aku. Nak kata terkehel, tak juga. Nak kata patah, lagi lah tak mungkin. Kemungkinan besar bahu aku ni kejang, sebab mengendong backpack 35lb satu hari.
Memang agak sial jugak lah sakit bahu aku ini. Kalau di rumah, aku lah yang selalu diharap buat kerja2 berat ie angkat benda2 berat. Dengan bahu yang kejang ni, aku rasa hopeless dan worthless di rumah.
Melihat kebengangan aku bermalas-malasan di rumah, mak aku syorkan aku pergi mengurut.
Sedap jugaklah, diurut satu badan. Oh, jangan salah sangka...aku pergi mengurut kat Persatuan Orang Buta di Kuching ni. Bukan di rumah2 urut yang heboh diperkatakan oleh TV3.. RM23 untuk satu jam. Lepas kena urut tu, badan aku terus jadik lemah longlai...but in a good way. Rasa ringan sangat badan aku ni..aku syorkan rawatan mengurut ini untuk semua penagih syabu yang selalu nak rasa "high".
Ok lah jugak servis yang diberi oleh makcik buta itu. Daripada pergi mengada2 dengan awek2 di rumah urut tu, lagi bagus mengurut kat pusat macam ini..pada masa yang sama, dapat membantu golongan ini. Bak kata pusat itu "Help the blind to help themselves".
Tapi, bila aku fikir2, aku tak pernah pun nampak rumah2 urut di Kuching ni. Tak macam di KL. Kelab malam pun tak banyak. Tapi, jangan salah sangka. Aku tak pernah jejak kaki di kelab malam. Nama pun orang Islam.
"teringat dengan member tu. pergi bar tapi tak buat apa2. minum coca-cola jek." - alah, dah dekatkan diri dengan tempat jual alcohol tu dah kira haram. kalau nak cola, kedai mamak pun ada....
Oh balik ke cerita asal. Macam lah benda2 yang menyebabkan keasyikan sementara ni ie dadah dan alcohol, urut2 ni pun satu jenis gak. Sekarang ni, badan aku terasa sakit2 dan lebam2 lepas kena urut dengan makcik tu. Memang power siot tangan makcik tu. Adeh la.....sakit badan nih....