Feb 16, 2006

Dari vena ke makmal.

Survived two days of GP attachment in Barna.

Overall, I really, really love it. Taking blood, doing blood pressure, filling up forms, request for XRay, doing IM injections, chat with Angela (the receptionist) and Dr Gibbons..free cups and cups of tea. And early finish.

The down-side of it is that, the GP start at 9.30am, and the earliest bus I can get is at 8.20am. So, basically I arrived 45 minutes too early. Barna is just a small town. The only shop that's around and open early is SuperValu...I spent more money buying unnecessary stuff in the mart, than the intended budget.

I should be able to spend only EURO2.80 (one-way to Barna). Or EURO5.10 (return).

On my first day of attachment, I managed to get a ride back to UCHG with one of my GP's patient. The patient was discharged by the hospital the day before. She had to be admitted again because Dr. Gibbons suspected P.E (Sx: feverish, cold, hyperventilating,nausea,vomiting,and severe chest pain). I spent almost 30minutes, holding a paper bag to her mouth, to help her stop hyperventilating. I managed to apply my Obs/Gynae technique of 'breath slowly, relax now, take a deep breath again..etc..etc..' (of course without the 'PUSH!! PUSH!!' thingy) to her. Luckily she came about OK. Oh yea, and Dr Gibbons asked me to drop of all the blood sample for various tests at the UCHG Lab..so, I became a delivery-girl as well...

Well, I havent ask Dr Gibbons for any patient yet. She's off tomorrow, taking a day off to study psychology/counselling. Dr Healy's on tomorrow, dont know how she's like.

Anyway, Barna is OK. The fact that the town is a bit boring and there's not lots of bus going in and out Barna is a put-off. I dont know how I am going to survive another 45 minutes tomorrow...maybe I'm going to take a walk at the graveyard...Hmm...Or feed the countless horses and ponies in Barna..ahaha..

Apa2 pun, aku lebih suker buat keje dari dok dengar patient cakap2. Ahaha. Nampak gaya takde harapan la jadik consultant (malas study+malas dok diam). Jadik 'kuli' je la camni. Takpe, takpe. Yang penting aku hepi. Ingat lagi masa aku wat attachment child psych ngan sorang macik ni. Dia cakap, dia patutnya dah bley jadik consultant. Siap dapat offer. Tapi dia tanak. Aku and Aini pelik. Pastu, dia cakap, tak semua orang nak jadik consultant....Owh...Aku pun camtu gak :P Tapi tengok ah aper Tuhan nak kasik. Kalo dia kasik, aku trime jek. aku tak nak mengharap iyer2 sangat. Lebey baik ada "low expectations dengan diri sendiri, dan be able to appreciate better, than high expectations dengan diri sendiri dan akhirnya kecewe" kalo tak dapat apa yang diexpect.

Feb 11, 2006

Nabil & Izza

Congrats to the newlyweds, Nabil and Izza.. :)


Thanks for inviting yours truly to the ceremony. It was my second invitation to wedding ceremony, done in Galway. First was Kak Mar & Masri's wedding. Anyway, it was a great day for both of them. It was truly a nerve-wrecking experience..ahahha..imagine being in the same room with the bride before the akad ceremony begin. All the tension plus the excitement, both from the bride and the audiences..and the mak andam as well..It turned out to be smoothly done. Everything was perfect, in a simple way. Well, the tok imam was a bit late..ehehe..

There's about 30 people invited to the ceremony. Well, plus minus. After all has end, it was the crying session..huahahaha. It was indeed a sad moment, especially to Izza's friend/housemates. But the cakes were delicious.... (?????????????????????????????????)

Again, congratulations to both of them!! Semoga bahagia hingga ke anak cucu..or more than that. Or, semoga bahagia dunia akhirat, that's better. Hopefully both of them will strive to be the best of wife and husband..lalala..


Alas, someone from Galway got married, thus crushing the words bout Galwegian , that has been shadowed by the Cork... Takdelah asik2 budak Cork jek yang kawen..emm..tahun ni takde berita budak Cork yang kawen ek??

"junior pun dah kawen. senior bile lagi...?"

hahhah..BERUSAHALAH kawan-kawan!!


Feb 10, 2006

ehehehe...

Hari ini, sedang aku menunggu bas ke kelas, aku terdengar satu bisik kecil memanggil-manggil namaku. Aku cari kiri dan kanan, namun tak aku temu pemilik suara itu. Lantas, kaki seluar ku ditarik-tarik. MasyaAllah! Ada seekor? seorang? pari-pari di antara kaki ku. Dia tersenyum cuma. Dengan jari telunjuknya yang kecil, dia mencuit ke arah aku. Terus aku dekatkan telingaku padanya. Dia berbisik sesuatu. Namun, aku tak mampu mendengar. Terlalu halus suara itu. Dia berbisik lagi. Kali ini, dia hampir terjatuh ke belakang kerana kepalaku hampir-hampir menolaknya jatuh. Akhirnya, aku mendengar juga apa yang cuba dibisiknya....

"Wei, bangunlah wei! Ko dah lambat nak pi kelas ah wei....!"


- mandi + pecut = sempat gak aku pi kelas......ahahahahha.....

Feb 8, 2006

Tok la nok aku sakati tok...

SYAL....

Nang menar2 sial. Polah kede muka aku jak dak Sarawak Tribune tok. Seb bait nok polah keja bodo ya orang non muslim. Mun sik nang sik la aku ngaku dirik org Swak kak tok.

Orang laki ya sigek hal juak. Nang muka sik puas ati ngan Islam. Nampak kali sengajak engkah katun yang tang last minute. Padan jak la ngan mukanya. Sak satu Msia ngerepak nya ya. Sik lalek. Biar jak apa government mok polah apa ngannya. Sak nya tauk.

Seb bait juak dak tribune cepat2 mintak maap. Mun sik, heishhh...sik tauk la aku.

Tapi, nok pelek nya juak..apa dak orang sarawak ya, sekdala nok protes besar-besaran ka, apa ka? Nampak kali daknya sik sensitip ngan hal tok, sik lalek, biar jak....bodo juak orang Sarawak tok....

Aiseh..nang menar2 sial...apa aku di sitok iya2 protes menatang katun sial ya, paduhal di negeri aku kedirik benda ya jadik...apa nak jadik ngan orang aku kedirik tok??????


Ya dipadah orang slalu..iboh nangga jauh gilak...orang kedirik ya kadang2 polah hal...

boikot Denmark

Ternyata, kita makin tertindas. Persis Dinasti China yang jatuh akibat tipu helah barat, begitu juga kita.

Baru-baru ini, kita telah dimalukan, apakala Rasul tercinta kita telah dimalukan. Semalam, gue liatin karikatur Rasul, kepalanya kepala babi. Astaghfirullah.

Semalam juga, gue liatin perdebatan antara jagoan barat dan juga tetamu Muslim, berdiskusi hal freedom of speech. Jumaat lepas, British Muslim dikecam hebat kerna telah memberontak dengan kononnya telah menghidupkan api 'terror'. Mana pergi freedom of speech yang dilaung2kan oleh Barat? Andai mereka sendiri bisa memalukan agama kita, dan seterusnya menaikkan amarah umat Islam seluruh dunia, apa tidak bisa kita buat seperti yang sama? Salah siapa pada asalnya? Salah mereka bukan? Apa rasanya andai Jesus dimalukan sebegitu?

Hmm...

Kerna itu, pena itu lebih tajam dari pedang. Kerna sakit yang datang dari pena itu, sakitnya bukan seorang, tapi seluruh umat manusia tercalar.

Di negara2 timur tengah, pantas aje kata2 nyuruhin boikot barangan Denmark ini. Ya, itu yang sebaiknya. Biar lemah ekonomi mereka. Hingga untuk membeli ink pena pun ngga' mampu.

Feb 7, 2006

Love is survival. Seduction is power. And treachery a way of life...

Akhirnya, selesai juga membaca novel oleh Anchee Min bertajuk "Empress Orchid"

Pada pendapat aku, jalan ceritanya biasa sahaja. Seperti gaya novel tulisan Sidney Sheldon, yang sering kali mengisahkan kehidupan seorang wanita yang pada awalnya tertindas oleh situasi. Wanita itu kemudiannya bekerja keras, dan akhirnya berjaya menjadi seorang yang ternama...Hmm...Atau seperti gaya A Samad Said dalam novelnya, Sarina, yang mengisahkan kisah penduduk kampung kambing dari kaca mata seorang pelacur bernama Sarina...

Namun, kisah Empress Orchid, bukan kisah sebarang wanita persis heroin2 Mr Sheldon, atau seorang pelacur. Tidak. Ini kisah benar mengenai Empress terakhir dalam Dinasti China...

Orchid, pada asalnya seorang warga Manchu biasa. Ayahnya seorang taotai yang dihormati, namun hanyalah di sebuah kampung yang termiskin di China, Anhwei di Daerah Wuhu. Kematian ayahnya, membawa dia, beserta ibunya dan dua orang adik ke Peking. Demi hanya untuk menguburkan ayahnya di tempat asal kelahirannya, mereka terpaksa berjalan kaki selama dua bulan. Betapa jauh, sehingga penulis menggambarkan "Each time the footmen paused for a break, the flies covered the lid like a blanket."

Akhirnya, setelah tiba di Peking, mereka terpaksa tinggal di rumah pakciknya. Hidupnya berubah tatkala pakciknya menyuruh dia berkahwin dengan anaknya, Bottle, yang terencat akal. Kerana sedih akan hidupnya yang malang, dia mencuba nasib untuk menjadi salah seorang dari 3000 gundik yang terpilih. Nasib menyebelahi dia, kerana akhirnya dia terpilih sebagai salah seorang dari 7 isteri Emperor China pada masa itu, Hsieng Feng. Orchid digelar " Lady of the Greatest Virtue".

Akhirnya, hanya dia yang berjaya melahirkan seorang anak lelaki yang meneruskan keturunan Hsieng Feng. Emperor Hsien Feng mati pada usia yang muda, kerana tertekan dengan keadaan China pada masa itu. China mula jatuh setelah tewas dalam Opium War yang diperangi oleh ayahnya. Ditekan oleh British, Amerika, Perancis dan Russia, sikit demi sikit dia kehilangan kuasa dan tanah air.

Sepanjang hidupnya di Forbidden City, Orchid telah menghadapi pelbagai ragam manusia. Ragam ketua eunuch, Shim...ragam Grand Empress, Lady Jin dan Empress China, Nuharoo...ragam Hsieng Feng sendiri....ragam eunuchnya yang setia, An te hai....ragam para menteri dan gundik-gundik Emperor yang lain...dan akhirnya ragam anaknya sendiri yang terlalu dimanjakan, Tung Chih.

Bukan sahaja menceritakan kisah kehidupan Orchid, novel ini juga benar-benar menarik kerna ia menceritakan segala adat istiadat yang pelik di Forbidden City...Sehinggakan untuk membuang air besar, Orchid harus ditemani oleh para pelayan...

I was in a hurry but couldnt let myself go. There was no window to let out the odor. The maids stood around me, staring. I told them again and again to leave me alone, but they refused. They begged me to let them serve. One of them held a wet towel to wipe me afterward, another carried a dish of soap, the third one a handful of silk paper on a tray , the fourth one a silver basin. The last two each carried a bucket filled with water, one hot and the other cold.
"Leave your stuff on the floor," I said. "You are dismissed."
Everyone murmured "Yes my lady," but no one moved.
I raised my voice. "I am going to stink."
"No, you dont stink," they replied in unison.
"Do me a favor!" I shouted. "Out!"
"We dont mind. We love your stink."
"An-te-hai!"
An-te-hai rushed in. "Yes, my lady."
"Call Chief Eunuch Shim immediately and tell him that my servants are not obeying me."
"It wont work, my lady." An-te-hai put his hands together to form a tube as he whispered into my ear. "I am afraid Chief Eunuch Shim wouldnt do anything about this."

"Why?"
"It is the rule that the Emperor's wives be served this way."
"Whoever invented the rule must be an idiot."
"Oh, no, my lady, dont ever say that!" An-te-hai was shocked. "It was Her Majesty the Grand Empress who invented the rules!"
I pictured the Grand Empress sitting on her chamber pot, attended by a roomful of maids. "She must think that her shit is diamonds and her farts prefume. Does Her Majesty have rules about the size, shape, length, color and odor of stool?"
"Please my lady." An-te-hai became nervous. "You want to bring no trouble to yourself and me."
"Trouble? All I want is to be able to shit by myself!"
"It is not about shitting, my lady," An-te-hai murmured, as if his mouth was stuffed with food.
"What it is about, then?"
"It is about grace, my lady."
"Grace? How can anyone shit gracefully?"


Okeh. Menarik bukan? Kalau berminat, Eason jual Euro8.99 sahaja..hehe....

Heaven's grace! Ten thousand years of health! Long live Your Majesty!

Feb 2, 2006

kecoh

Baru-baru ini kecoh di Galway, dua perkara. Yakni perkara lawatan Timbalan Menteri Kesihatan ke Galway, dan juga perkara "idola".

Aku cuma mampu tersenyum.

Andai dia sudah datang sejauh seceruk Galway memanggil para doktor pulang dan menekankan perlunya kami segera balik ke Msia untuk bertugas..pastinya ertinya cuma satu..Msia benar2 kekurangan doktor. Dan itu sepatutnya dilakukan. Ketepi dahulu kepentingan peribadi sendiri, dan jalankan tanggungjawab terjadap masyarakat. Bukankah wang yang kita makan, minum, bayar bil, pergi jalan2 ini wang mereka? Makanya, mereka lagi berhak ke atas kita. Memang, semua pun yang di sini ingin lanjutkan pelajaran. Semuanya ingin jadi specialist. Aku pun nak juga. Tapi kalau semuanya begini, maka menderitalah masyarakat kita. Biarlah kita biar masyarakat sendiri mendapat layanan dari doktor2 import dan pada masa yang sama kita berbakti dengan orang asing di sini...hmm..

Mengapa mengeluh bila disuruh bekerja 4 tahun? Apa kita benar2 sudah mantap selepas satu tahun? Setelah 5-6 tahun belajar di negara asing, apa kah sama orang asing ini dengan masyarakat sendiri? Apa budayanya sama? Doktor bukan setakat mengubati, tapi doktor juga adalah medium. Kita medium untuk ubah cara hidup yang salah, kita juga medium agama, sosial, akhlak...etc etc... Logik saja 4 tahun itu. Bukankah niat menjadi doktor itu kerna mahu bantu mereka? Bagi aku itu matlamat hidup menjadi seorang doktor. Malah, aku lebih gembira kalau dihantar ke ceruk kampung...atau menjadi seorang pekerja sosial...kerna itu memang niat asal ku, walau aku juga berimpian menjdai seorang specialist.

Perkara idola?

Aduh...semuanya berasal dari niat. Hadis pertama. Kalau niat sememangnya hendak mengagungkan mereka, pastinya itu sudah salah. Tetapi, sememangnya tidak baik mengikut budaya asing yang bisa mencabar tauhid. Bak kata "dia", pemahaman seseorang tentang satu perkataan itu berbeda-beda. Oleh itu, sebagai seorang yang bijak, tidak harus cepat melatah, tetapi haruslah berfikir, kaji, bertanya seeloknya.

Mengapa sukar memilih? Tampak sekali jarang2 mengambil bahagian dalam acara2 bermasyarakat ini. Ya, seseorang yang patut dijadikan contoh, bukan kerna bijak semata2. Tapi, kerna orang itu selayaknya dari pelbagai aspek. Salah satunya, kontribusi terhadap masyarakat. Andai aku bijak benar, namun jarang sekali aku membantu dalam perkara2 kemasyarakatan, perlukan engkau menjadikan aku sebagai contoh?

Dan sebagai seorang yang bijak dan dalam agama, tidak seharusnya mengadili seseorang itu dari apa yang dilakukan dan apa yang tidak dilakukan. Apa, andai seseorang itu rajin ke kelas agama, dia seorang yang baik. Dan seseorang yang jarang2 pergi itu, tidak baik? Bagaimana pula, kalau yang rajin pergi itu, kerna niatnya menunjuk2? Bagaimana pula kalau yang jarang2 pergi itu, kerna dia sakit? Namun hatinya sentiasa ingatkan Tuhan?

Ya, Yusuf Estes berkata..."belajarlah sampai ke negara China pun" itu tidak ada dalam Kitab. Mengapa kita bersusah payah belajar setinggi mungkin... Apa lagi kalau "dont judge a book by its cover" itu?

Kata2 ini, sememangnya tidak ada dalam kitab..tapi ianya perkara baik yang mengajar kita.

Akhirnya, aku tekankan, tidak semua manusia perfek, termasuk yang baik. Andai ada sifat yang menyakiti hati insan lain, ada lah lebih baik diubah. Bukan supaya sentiasa mengambil hati insan lain. Tetapi yang sememangnya harus diubah itu, harus diubah.

Sebelum berkata, berfikir dahulu. Apa gunanya otak, kalau mulut sendiri tak pandai dikawal...