Nov 5, 2005

Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Ini mungkin satu-satunya raya di mana puasa aku penuh.

Tak, kanak-kanak dulu aku lemah sikit...

Hmm...mungkin puasa penuh bila 'menopause'....ahaha...

Apa-apapun, Selamat Hari Raya aku ucapkan.

Ampun maaf andai terkasar bahasa, tersinggung rasa....aku cuma manusia biasa.


Tahun ini, tahun keempat raya di rantau orang. Aku dah lupa rasa kari mama pagi raya...

Oct 21, 2005

sudah 18??

Azam dah 18..

Alhamdulilah. Dah besar. Tapi, tak matang sangat lagi *ehehe*

Tak mengapa. Ertinya masih bisa berlawak bodoh bersama-sama, sambil cerita pasal gosip masing-masing. Andai dah matang, masih maukah berkongsi rahsia?

Alhamdulilah. Dah makin tua. Tapi, masih macam kanak-kanak...*ehehe*...

Tak mengapa. Ertinya masih boleh dibawa bermanja, boleh dinasihat kalau salah dan tiap kali pasal cewek. Andai sudah tua, masih maukah terima teguran?


WAH!! Pastinya tak pernah menyangka. Umur akan lanjut. Esok sudah 19. Apa pula yang berubah nanti?

Hmmmm.... *sambil pura-pura berfikir*


Tiada yang berubah. Cuma usia. Dia masih adik kesayangan. Yang selayak abang.

Oct 17, 2005

layak?

Aku ada lima permintaan.

Pertama,
mohon lulus periksa.

Kedua,
mohon sentiasa bahagia.

Ketiga,
mohon warisku dilindungiNya sentiasa.

Keempat,
mohon aman dunia

Kelima,
mohon masuk syurga.

*senyum sinis*

mohon lulus periksa?
mohon sentiasa bahagis?
mohon waris dilindungiNya sentiasa?
mohon aman dunia?
mohon masuk syurga?


Engkau siapa?


Layak?

Sebelum bisa bicara, guna otak fikir, gerak lidah bercakap. Mudah? Tidak.
Sebelum bisa memohon, guna kederat usaha, gerak lidah berdoa. Mudah? Tidak.

Oct 12, 2005

Dah Ramadhan dah....



Ramadhan tiba lagi,
macam biasa,
bangun sahur,
berbuka puasa,
solat terawih,
solat witir,
niat esok puasa lagi,
hari-hari begini,
diulang-ulang benda yang sama,
patutlah,
perangai aku pun tak berubah,
puasa,
bukannya ambil iktibar,
ambil peluang tambah pahala,
dekat diri dengan Yang Esa,
dah buat puasa macam puasa,
sekadar rutin hari biasa....


Lahir begini. Takkan matinya begini jugak???

Sep 19, 2005

Tiga




Tiga,
tahun... sudah di bumi asing,
bahasa melayu pun dah kering,
akhir-akhir di bumi sendiri aku jadi pening.

Tiga,
bulan...cuti aku di sini,
rasa macam tak cukup cuti ini,
rasa nak tambah 1-2 bulan lagi.

Tiga,
minggu...aku merungut dan melangut,
buat kerja sampai badan naik semput,
fikir-fikir sampai dahi naik kerut.

Tiga,
hari...aku layan saudara dan teman,
sampai aku pun naik demam,
nak buat macam mana...'rindu' ni kejam.

Tiga,
jam...masa untuk berlepas,
hati naik sedih tambah cemas,
teringat tahun lima aku jadi lemas.

Tiga,
minit... aku doa selamat tiba,
doa buat keluarga di luar sana,
doa jangan sesekali putus asa.

Tiga,
saat...aku dah di udara,
tengok daerahku secubit cuma,
tapi di ingatanku besar sentiasa.


Perjalanan pulang? Sudah menjadi satu 'ritual'. bukan enggan menangis, tapi kerna dah naik bosan.

Sep 9, 2005

Hepi Beday sis....

Selamat ulang tahun buat sis,

Ya udeh, 24 sudah.

Sudah maju bener...

Seawal usia 24..
- kakak udah grad
- merasa nikmat berpasangan
- kini, berbadan dua
- tambahan lagi sudah kerja
- nikmatiin wang sendiri
- tinggal di rumah sendiri
- bebas dari famili
- bisa bikin kata putus semdiri


Emangnya, enak?

Aku?

24?

- masih di rantau orang
- masih perlu baca buku.
- tapi, mungkin sudah grad....InsyaAllah.
- duduk menumpang rumah papa
- duit pun duit rakyat
- tunang belum, kahwin pun belum...*hmm*
- anak? anak mata, anak tekak ada lah...
- umur dah lanjut, masih diikat kontrak.


SELAMAT HARI JADI..buat sis gue....

Moga hidup ceria terusssssssss.......................

Sep 1, 2005

MERDEKA!

Sudah 48 tahun merdeka.

Duduk di rumah sahaja. Melihat perarakan di kaca TV. Tidak pernah sekalipun dalam seumur hidupku merayakan kemerdekaan. Bosan.

Maaf. Patutnya aku berbangga. Iya. Sudah merdeka, aku sudah cukup puas hati. Sekurang-kurangnya lebih baik dari mereka di luar sana yang sibuk dengan perangnya, kebulurannya, kemiskinannya, ketidakstabilan politiknya...

Sebelum Malaysia, Indonesia juga merdeka. 15hb Ogos. Namun Indonesia sangat kucar kacir. Sehinggakan untuk mengenal agama dari nama pun, otakku bercelaru.

Bersama Malaysia, India juga merdeka. 31hb Ogos. Namun India sangat kucar kacir. Sehinggakan untuk beragama pun susah.

Malaysia merdeka 48 tahun. Kali ini, perayaan peringkat Sarawak diadakan di Kapit. Daerah kakakku sekarang. Sibuk katanya. Masakan tidak, sebelum itu, kecoh ada helikopter terhempas. Semenjak kakakku pindah ke Kapit, semakin popular Kapit.

Seperti yang aku cakap. Aku sememangnya tidak ada hati menyambut merdeka. Ah, jangan pula kau tuduh aku pengkhianat. Selagi aku merasakan anak bangsa ku tidak merdeka dari jajahan psychology Barat, biarlah aku simpan dulu 'mood' untuk menyambutnya di lain hari.


Sarawak merdeka 16hb September. Kerna itu juga, aku tidak ada mood.


Yah, merdeka! merdeka! merdeka!