Aug 20, 2005

Aku dan Dudin

Cuti ini;

Aku ajar Dudin iqra. Dia ajar aku bahasa Arab.

Aku ajar Dudin nyanyi lagu kesukaannya, "Senyuman Ragamu" oleh Gerhana Skacinta feat. Radhi. Dia ajar aku nyanyi lagu kesukaanku, "I'm So Silly".

Aku ajar Dudin main UNO. Dia ajar aku main lumba lari dalam kotak 'airconditioner'.

Aku ajar Dudin macam mana nak pegang gitar. Dia ajar aku macam mana nak assemble PS2.

Aku ajar Dudin bahasa Iban. Dia ajar aku bahasa Cina.

Aku ajar Dudin layan 'Kisah Adinda'. Dia ajar aku layan 'Spongebob Squarepants'.

Hmm. Kesiannya Dudin sorang2 bila aku balik Galway nanti...

Aug 15, 2005

gembiranya dah habis belajar..

Gembira,
dah habis belajar,
tak usah penat bangun pagi,
berkekang mata hingga ke subuh hari.

Gembira,
dah habis belajar,
tak usah menatap buku,
membaca patah-patah satu persatu.

Gembira,
dah habis belajar,
tak usah mengadap pensyarah,
yang hari-hari nak marah.

Gembira,
dah habis belajar,
dah tak payah buat repot,
tulang jari dah naik kerepot.

Gembira,
dah habis belajar,
balik duduk rumah sendiri,
tak payah bayar RM200 sebulan untuk bilik berapa inci.

Gembira,
dah habis belajar,
sekarang dah matang,
orang pun pandang.

Gembira,
dah habis belajar,
tiba masa kerja cari duit sendiri,
kononya dah berdikari.

Gembira,
dah habis belajar,
tapi rindu akan zaman belajar,
mungkin lepas ini....sambung belajar..........


Tahniah buat geng UNIMAS yang akhirnya dah grad....wasai, gembiranya.

Aug 14, 2005

penghias kaki lima

Penghias kaki lima,
sudah berapa lama,
hidup begini merana,
duduk tersengguk menahan derita.

Penghias kaki lima,
berapa rezeki dapat,
lemah tulang empat kerat,
hidup dihina hilang hormat.

Penghias kaki lima,
pagi ke petang ke pagi,
jumpa lagi kau di sini,
di sudut itulah kau setia menanti.

Penghias kaki lima,
hari ini aku beri sekupang,
dengan semacam kau pandang,
apa mimpi anak ini seorang?

Penghias kaki lima,
tiada pula engkau di sini hari ini,
mungkin tiba masa membawa diri,
di daerah lain yang murah rezeki,
atau mati..itu mungkin mudah lagi.


I wonder how's India street area now?

Jul 24, 2005

Aneh

Bangsa itu aneh,
gayanya sopan,
jalannya lemah,
cakapnya berkias,
guraunya malu-malu,
budayanya lembut.

Tapi, mandinya berbogel....?

Bangsa itu aneh,
kilangnya maju,
produknya mantap,
teknologinya pesat,
kewangannya lumayan,
ekonominya pantas.

Tapi, bahasa Inggerisnya pelat....?

Bangsa itu aneh,
gunungnya indah,
tamannya cantik,
kuilnya menyilau,
istananya menakjubkan,
taman temanya menyergam.

Tapi, tidurnya atas lantai....?

Aneh.
Aneh.
Aneh.
....aneh banget....


Sukar menafsir satu bangsa. Dalam satu bangsa, berjuta umatnya. Dalam satu umatnya, pelbagai ragam. Menafsir satu bangsa, bagai menafsir selaut ragam.

Jul 22, 2005

Kena hujan

Hari ini ada janji temu lagi dengan A. Begitu percuma dia. Bagai ngga' ada kerja.

A: Bagaimana Jepun?
M: Menarik banget. Bener-bener satu pengalaman yang ngga' kan dilupakan. Lain bener dari bumi Europe. Malah, aku sudah naik bosan dengan Europe.
A: Apa yang menariknya?
M: Pertama sekali, budayanya. Orangnya, bahasanya, minat mereka terhadap anime dan manga...
A: Hmmm...seakan-akan, orang Jepun ini ngga' matang. Masih di zaman kanak-kanak.
M: Hmmm...mungkin juga. Yang pasti, apabila berada di sana, aku terfikir. Adakah realiti hidup mempengaruhi anime dan manga mereka, ataupun sebaliknya.
A: Hmmm...yang pasti kedua-duanya sekali.
M: Iya.
A: Bandingkan dengan Malaysia?
M: Remaja Jepun sangat maju. Walaupun terikat dengan budayanya yang sopan santun, di sebaliknya, mereka mengalahkan Barat. Bermaksud, mereka masih mampu menyeimbangkan kedua-duanya.
A: Hmmm..
M: Dan lagi satu, apa-apapun yang mereka lakukan, semuanya bergantung pada logik. Kalau hujan, betapa 'stail' sekalipun mereka, pasti akan mendondong sekaki payung. Tidak kira laki atau perempuan. Aku rasa, kalau di sini, malu sahaja lelaki hendak membawa payung.
A: *senyum sinis* Kerana kami cukup macho menahan hujan.
M: Ah, iya. Lelaki dan egonya. Bagaimana aku boleh terlupa. Mungkin kerana itu, lelaki di sini susah hendak maju...terlalu pentingkan ego, sehingga lupa waras dan abaikan logik....Tak kisah kena hujan lebat, asalkan macho. Esok hari demam, minta cuti sakit dengan bos. Akhirnya kerja terabai, makan gaji buta, abai amanah rakyat, tambah buat dosa....Eh, engkau tak kerja hari ini? Sakit? *senyum sinis*
A: CESSSSSSSSS.............


Amar 1: Marisa 1

Jul 1, 2005

prepare for japan invasion

Pasport..settle..

Visa..settle..

Baju..settle..

Tiket..settle..

Itinerary & travelling plan..settle..

Hostel..settle..

Transportation..settle..

YEY!!! DAH NAK PEGI JEPUN!!!!!!!