Bangsa itu aneh,
gayanya sopan,
jalannya lemah,
cakapnya berkias,
guraunya malu-malu,
budayanya lembut.
Tapi, mandinya berbogel....?
Bangsa itu aneh,
kilangnya maju,
produknya mantap,
teknologinya pesat,
kewangannya lumayan,
ekonominya pantas.
Tapi, bahasa Inggerisnya pelat....?
Bangsa itu aneh,
gunungnya indah,
tamannya cantik,
kuilnya menyilau,
istananya menakjubkan,
taman temanya menyergam.
Tapi, tidurnya atas lantai....?
Aneh.
Aneh.
Aneh.
....aneh banget....
Sukar menafsir satu bangsa. Dalam satu bangsa, berjuta umatnya. Dalam satu umatnya, pelbagai ragam. Menafsir satu bangsa, bagai menafsir selaut ragam.
Jul 24, 2005
Jul 22, 2005
Kena hujan
Hari ini ada janji temu lagi dengan A. Begitu percuma dia. Bagai ngga' ada kerja.
A: Bagaimana Jepun?
M: Menarik banget. Bener-bener satu pengalaman yang ngga' kan dilupakan. Lain bener dari bumi Europe. Malah, aku sudah naik bosan dengan Europe.
A: Apa yang menariknya?
M: Pertama sekali, budayanya. Orangnya, bahasanya, minat mereka terhadap anime dan manga...
A: Hmmm...seakan-akan, orang Jepun ini ngga' matang. Masih di zaman kanak-kanak.
M: Hmmm...mungkin juga. Yang pasti, apabila berada di sana, aku terfikir. Adakah realiti hidup mempengaruhi anime dan manga mereka, ataupun sebaliknya.
A: Hmmm...yang pasti kedua-duanya sekali.
M: Iya.
A: Bandingkan dengan Malaysia?
M: Remaja Jepun sangat maju. Walaupun terikat dengan budayanya yang sopan santun, di sebaliknya, mereka mengalahkan Barat. Bermaksud, mereka masih mampu menyeimbangkan kedua-duanya.
A: Hmmm..
M: Dan lagi satu, apa-apapun yang mereka lakukan, semuanya bergantung pada logik. Kalau hujan, betapa 'stail' sekalipun mereka, pasti akan mendondong sekaki payung. Tidak kira laki atau perempuan. Aku rasa, kalau di sini, malu sahaja lelaki hendak membawa payung.
A: *senyum sinis* Kerana kami cukup macho menahan hujan.
M: Ah, iya. Lelaki dan egonya. Bagaimana aku boleh terlupa. Mungkin kerana itu, lelaki di sini susah hendak maju...terlalu pentingkan ego, sehingga lupa waras dan abaikan logik....Tak kisah kena hujan lebat, asalkan macho. Esok hari demam, minta cuti sakit dengan bos. Akhirnya kerja terabai, makan gaji buta, abai amanah rakyat, tambah buat dosa....Eh, engkau tak kerja hari ini? Sakit? *senyum sinis*
A: CESSSSSSSSS.............
Amar 1: Marisa 1

Jul 1, 2005
prepare for japan invasion
Pasport..settle..
Visa..settle..
Baju..settle..
Tiket..settle..
Itinerary & travelling plan..settle..
Hostel..settle..
Transportation..settle..
YEY!!! DAH NAK PEGI JEPUN!!!!!!!
Visa..settle..
Baju..settle..
Tiket..settle..
Itinerary & travelling plan..settle..
Hostel..settle..
Transportation..settle..
YEY!!! DAH NAK PEGI JEPUN!!!!!!!
Jun 22, 2005
romantis
Hari ini, ada janji temu dengan teman lama. Teman sekolah, dan juga sejiran. Berjumpa di TJ, minum latte, sementara tunggu aweknya tiba.
Tiba-tiba, dia buka bicara.
A: Kenapa laki mesti bersikap romantis dalam satu perhubungan itu? Kenapa tidak perempuan?
M: Kenapa? Tidak ada hukum bertulis pun yang mengatakan laki perlu buat begitu. Tetapi, kerana laki suka merasakan diri superior dan macho, maka mereka merasakan tugas bersikap romantis itu tugas mereka.
A: Ah, mungkin. Tapi, mengapa perempuan selalu komplen, apabila teman mereka tidak romantis?
M: Lelaki wujud dalam dua extremes. Sama ada langsung tidak romantis. Atau terlalu romantis. Jarang ada yang balanced. Kalau ada, lelaki sebegitu golongan yang hampir pupus.
A: Hmmm...Bagaimana pula yang dikatakan kurang romantis. Ertinya, lelaki itu romantis. Tetapi tidak cukup. Perempuan ini memang demanding.
M: Senang cerita. Dalam satu perhubungan, satu-satu caranya untuk pergi lebih jauh, ialah dengan menunjukkan wajah sebenar di awal hubungan. Katakan kau sememangnya orang yang tidak romantis. Tetapi, demi mendapat hati gadis itu, kau pura-pura romantis. Bila kau dapat dia, maka kau rasa tidak perlu untuk romantis lagi. Dari saat itu, maka gadis itu akan merasa, bahawa temannya itu sudah kurang romantis.
A: Ya, aku akui. Itu sememangnya benar. Tapi, susah ya. Aku romantis....
M: Ya, aku sangat setuju *sengih perli*
A:...*berkerut dahi*...tapi, baru-baru ini, dia kata aku kurang romantis. Sedangkan level keromantisan aku tidak berubah dari dulu.
M: Berkasih...kemudian bertunang...dan berkahwin..dan berkeluarga. Semuanya semakin menaik. Pastinya tahap romantis juga semakin menaik bukan?
A: Haha..iya. Ataupun, kalau bercinta dengan gadis yang high class ini memang demanding...
M: Mohon tengok gambarnya..
......
M: Lawa. Memang lawa. Memang perlu demand lebih.
A: Macam kereta mahal. Maintanence pun mahal.
M: CISSSSSSSSS.........
A: Kau macam mana? Demand lebih?
M: Aku biasa saja. Buat apa demand lebih-lebih. Belum pun ada apa-apa yang serius.
A: Senang ya. Kalau berpasangan saja dengan kau. Tak payah susah-susah.
M: Haha..
A: Tapi, mestilah. Kau tak secantik teman ku...
M: CISSSSSSSSSSSSS..................
Moral: Susah bercakap dengan lelaki. Lagi susah bercakap dengan lelaki yang sudah berawek. Tambah lagi susah bercakap dengan lelaki yang aweknya lawa nak mampus. EGO MAKIN NAIK!!
Aku tak borak skema cam tu. Aku borak dalam bahasa sarawak. Tapi takut korang tak paham...ahahahaha...

Jun 16, 2005
Rumah
Ahhhhh!!! Gembiranya dah sampai rumah.
Hey rumah,
dah lama tak jumpa,
ko apa khabar?
Hey rumah,
wah, ko makin cantik,
ceh..tak payahlah nak gedik.
Hey rumah,
tapi dah makin sunyi,
cuma mama, papa, dudin kat sini.
Hey rumah,
mesti ko gembira,
tambah aku, tambah ceria.
Hey rumah,
lain kali kita borak lagi,
sekarang nak usya katil sendiri.
*ehehe*
Too much happiness.
*rumah aku kat Taman BDC. Jangan memain. Taman BDC ada friendster ah..ehehe*

Jun 2, 2005
pulang..
Dari balik awan,
biru langit,
hijau bumi,
cerah laut.
Dari balik awan,
2 jam pergi,
10 jam kembali,
9 bulan menanti.
Dari balik awan,
habis penat,
datang rehat,
tak akan tamat.
Dari balik awan,
kenang kawan,
rindu teman,
tinggal lawan.
Dari balik awan,
aku duduk,
tersenyum,
akhirnya aku pulang.
Galway-Dublin:4 jam.
Dublin-Manchester:45 minit.
Manchester-KL:12 jam.
KL-Kuching:2 jam.
Penat aku merantau. Penat lagi mereka yang menanti.

May 28, 2005
benci.

Benci,
Mudah benar rasa benci,
Yang bertumbuh dalam hati,
Persis cendawan di petang hari.
Benci,
Selesa benar rasa benci,
Persis tidur di tengah hari,
Sambil dibuai angan dan mimpi.
Benci,
Enak benar rasa benci,
Persis menjamu sepinggan nasi,
Kenyang perut suka hati.
Benci,
Benar-benar rasa benci,
Takkan mahu ditepis rasa ini,
Sebati amat dengan diri.
Benci,
Benar-benar rasa benci,
Mengalir dalam setiap urat hati,
Setiap inci daging tubuh ini.
Benci,
Benar-benar rasa benci,
Laku dan kata berbaur benci,
Kanan dan kiri dilitup benci.
Benci….benci….
Ah, benci!
Pergilah kau ‘benci’.
Penat sudah aku membenci.
Tapi,
Andai ‘kasih’ jarang menemani,
Masakan bisa ‘benci’ ini diketepi?
Subscribe to:
Posts (Atom)